Friday, February 19, 2010

Oh Ibu...Kau Disiram Bayu Pagi

GURINDAM SEKEPING HATI IBUKU

Sepenuh kasih kubelaimu,
Sembilan bulan kuharungi jua,
Kepalang riang ayah dan ibu,
melihatmu lahir sempurna segala.

Lahirnya engkau padu ikatan,
Rasa kasih makin mendalam,
Keletahmu bijak, hati tertawan,
Engkau ditatang siang dan malam.

Waktu di bendang asyik merindu,
Bersamamu anak hati teruja,
Bibir tersenyum waktu beradu,
Terbayang keletahmu comel dan manja.

Waktu kau sakit kami berjaga,
Tak kenal penat,tak kira masa,
Wahai anakku kapan berjaya,
Jangan menyombong mendabik dada.

Tiba masanya kau ke sekolah,
Jangan sesekali ingkari ia,
Usah berilmu ke jalan salah,
Agar hidupmu sentiasa berjaya.

Kini engkau semakin pintar,
Bila bertutur awasi kata,
Halangan datang, jangan gentar,
Alah bisa, tegal biasa.

Walau ke mana kakimu melangkah,
Doa kami tak lekang di hati,
Bila bekerja harus amanah,
Didikan kami pahatkan di hati.

Kasih ibu membawa ke syurga,
kasih ayah berkorban nyawa,
Kami tak pinta dibalas jasa,
Tanggungjawabmu usah dilupa.

Kini engkau sudah berkeluarga,
Pasti kau lalui yang kami rasakan,
walau tiada kami di dunia,
Ikatan kita dihapuskan jangan...

Thursday, February 18, 2010

Anak Soleh

Bila dengar je lagu nie, terus emotional sebab perasaan akan tertumpah pada ibu bapa yang nun jauh di kelantan, namun dekat sesangat dalam jiwa. Sebagai seorang anak yang dibesarkan dengan penat jerih mereka di depan mata sendiri, seboleh-bolehnya anak ini mahu membela hari tua mereka. Ibu dan bapa, kami tidak menginginkan kami semakin dewasa, sedang ibu, bapa membilang usia.... saat kami menempa jaya, ibu dan bapa tiada berdaya.... kekuatan kami pada ibu, bapa Terima kasih ibu, bapa Keramat 'mek' dan 'ayoh' jooooooom (' ') [I I] /! jadi anak yang cuba menginsafi kesusahan ibu ayah, jadi anak yang belajar menyenangkan perasaan ibu ayah, nak sangat jadi anak yang soleh...
video

Wednesday, February 17, 2010

Yang Paling Kaya

Memiliki harta yang melimpah-ruah belum tentu menjadikan seseorang itu bahagia. Lantas, siapakah yang sejatinya paling kaya di dunia ini?Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,''Jika kamu berada dalam keadaan yang sihat, keamanan terjaga, dan mempunyai makanan ketika itu, kamu sudah memiliki seluruh dunia,'' (hadis riwayat Ibn Majah). Dalam riwayat lain baginda bersabda,'' Hendaklah kamu puas dengan apa yang telah ALLAH berikan untuk kamu, kamu akan menjadi manusia yang paling kaya.''

SEBUAH BAHAGIA

Ada satu jalan menuju kebahagiaan iaitu berhenti mengejar sesuatu yang tidak mampu kita raih...betapa banyak urusan yang berkesudahan dengan kegembiraan padahal permulaannya terasa begitu menyakitkan..Love ALLAH

maNusIA

Manusia....
Terlalu asyik menghitung bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak, rumput hijau nan terbentang
Jangan dilupakan...

Tuesday, February 16, 2010

Pohon HambaMu

Setiap hari
Ku memohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan
Dalam hati kekuatan
Menempuhi segala
Dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya

Kau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah ku perlu rahmat dariMu
Ya ALLAH terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala
Hidup penuh cabaran ini
Ya ALLAH kuberserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang
Dengan bimbinganMu selalu

Adakala ku merasa
Hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu
Kuatkanlah, cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmatMu pada hidupku

,.,,,

,.,,